Tuesday 19 July 2011

Kakak

Hi hello bloggeh ! Aku rasa mcm nak senyum lebar jea minggu ni . Hopfully something special happen la minggu ni . Tapi happy tu happy jugak , ada lagi masalah lain nak pikul nyah . Penat tau jadi aku ni , lagi penat bila ada orang nak aturkan hidup aku . Nak aku ni nak aku tu . Oiii itu semua kehendak aku dah biar Allah jea yang tentukan . Memang lah hidup kita ni atas kehendak Allah , tapi jangan lupa ! Apa yang kita inginkan pun atas kemahuan dan ketentuan dia , kalau dia nak aku macam ni sampai aku mati aku nak buat apa ? Nak melawan takdir ke ? Ahh sudah lahhh , nobodys perfect dude ! Ingat tu , aku cukup bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan dekat aku ni . Yea mungkin aku kurang bernasib baik macam orang lain , nak apa yang diorang dapat ! Mungkin tu bukan jalan hidup aku . Tapi orang lain takda kan dengan apa yang aku ada skang ni ? See ? Setiap manusia ni ada kelebihan masing masing , cuma kena teroka jea lagi . Allah tu maha adil lah .

Aku nak cerita sikit pasal kakak aku yang tersayang nii , dia ni kekadang annoying jugak perangai dia . Tapi aku sayang dia gegila sebab apa yang aku mintak dari dia mesti dia bagi . Dia ni jenis yang tak kedekut . Tapi bukan ni yang aku nak cerita pada dia . Aku nak cerita kisah dia bercinta . Hahah ! Like seriously dia pu tak rancang benda ni berlaku . Bercinta dengan orang lain kahwin dengan orang lain ! Gila tak tu ? Macam ni la aku cerita dari awal lah kan . But not A to Z lah ! Hahah dia ni ada kenalan nama A , bukan nama sebenar ! Diorang kawan lama tau , before aku sekolah menengah sampai aku form berapa tah . Di takdirkan satu hari lepas dia dapat kerja dekat satu tempat ni recommended by atuk depan rumah aku ni . Dia pun kerja lah dekat situ . And then aku rasa dekat situlah dia terjumpa cinta sejati dia ni . Mulanya si Y ni just hantar dia balik rumah . Actually ayah yang selalu pergi hantar and amik kakak aku balik kerja , then hari tu ayah ada nampak si Y ni hantar akak aku balik . Aku ingat dia nak marah lah , tapi bapak aku pesan . Lain kali kalau ayah aku sibuk ke ada hal tolong tolong lah hantar akak aku balik . Sebab si A ni kerja tempat yang agak jauh dari tempat kerja akak aku .

Dipendekkan cerita , satu hari tu aku rasa si A ni macam dah naik cemburu sebab ada laki lain dok sibuk hantar akak aku amik akak aku . Dia bengang ah ! Yea lah pakwe mana tak cemburu kan ? Tapi masa tu akak aku pun belum ada perasaan dekat Y , dia still sayangkan A . But si A ni annoying gila , sampai mcm jadi spy pulak dia siap tunggu depan rumah nak tengok siapa Y tuu . Terjadi lah suatu hening pagi tu A datang bising bising depan rumah . Masa tu kira 7.00 a.m . Konon dia dtg nak hantar kakak aku . Tapi dengan cara dia yang memaksa tu akak aku macam tak suka ah . Then diorang bertekak lah depan rumah . Malu kot time tu ! Nasib mak ayah takda dekat rumah . Mak ayah tidur another house masa tu . Kalau tak mak da ngamok ah . Start dari hari tu aku rasa hubungan antara A dengan kakak aku makin renggang . Kalau tak every month diorang mesti dating lah kan seetiap kali gaji . Ni time gaji kakak aku duduk rumah jea . Diorang tu memang ada rancang nak kahwin . Tapi nak buat macam mana bukan jodohkan ? Then kes ni tak habis lagi , si A ni siap jumpa makbapak aku pasal dia dengan akak aku . Aku pun dapat rasa mak makin meluat dengan si A . Mak cakap kalau dah tunang takpe la kau nak beria ria pasal ni . Ni belum ada apapa , just cinta yang tak tahu pengakhiran dia dekat mana . Masa tu mak aku tanya akak sama ada akak nak ke dengan orang macam tu . Mak siap cakap 'Kau fikir bebaik , ni masa depan kau . Kahwin bukan perkara main main , kau tengok belum kahwin da mcm ni kalau dah kahwin siap siap dia belasah kau" . Itu yang mak cakap dekat kakak . Haish akak aku dah habis fikir dan dia pun memutuskan hubungan dia dengan A dan terus berkawan dengan Y . Aha sekarang ni diorang da nak masuk 3 tahun kahwin . Kalau ingat balik tragis hidup kakak aku ni . Alhamdulillah dia bahagia dengan Y , dan aku rasa dia sangat beruntung sebab dapat Y . Y ni bukan calang orang . Nampak dia simple tapi loaded orangnya , dia tak kedekut !

Pernah satu hari aku naik bas S&S nak pergi bandar , and guess what aku jumpa siapa ? Aku jumpa A ! Now dia jadi kondukter bas , aku tak tahu mcm mana hidup kakak aku kalau dengan dia . But itu tahun lepas la , tak tahu sekarang A buat apa ! Maybe dia pun dah kahwin . Sebenarnya kalau 'takda ular yang berbisik dekat telinga A , benda mcm ni takkan terjadi' . Ni semua angkara bekas jiran aku yang mulut macam longkang tu . May God bless you ! Hahah

Aku rasa sekarang ni hidup kakak aku getting more comfort even diorang takda anak , maybe belum rezeki . Sejak kahwin pun akak aku dah mula jadi penabung , sebab selama ni dia agak boros ! Haha dia dah pakai kereta , semua sebab dia kahwin dengan Y yang pandai simpan duit tuu . May Allah bless you kakak . Baii
Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

No comments:

Post a Comment

segala benda dalam blog ni yang lain daripada yang lain adalah hasil titik peluh Hailmi Mernado