Sunday 20 January 2013

Kek Batik

Assalamualaikum. Ssup there! Haha belum apape dah gelak entah apape. Okay tengok tajuk je macam kelakar, yeke? Bagi aku lah, tak tahu lah kalau bagi Mak kau ke Bapak kau ke tak kelakar kan. Hahaha okay tajuk tu memang macam tu lah sebab dalam entry ni aku nak share resipi kek batik air tangan aku sendiri. Aku pandai buat kek batik k! Cehhh, ahaha takde lah aku bukan beria ria nak buat resipi pon. Tapi ada one bij ni suruh aku ajar, aku tak tahu macam mana nak bagi resipi pada dia kan. So dia pon suggest lah tulis dalam blog. Why not kan? So ni lah resipinya : (BACA SAMPAI HABIS)

Biskut marie (ikut suka kau lah nak berapa packet pon)
Susu pekat 1 tin
Milo (depends on berapa banyak biskut kau)
Buttercup (marjerin/planta pon boleh)

Okay cara buat dia, memula sediakan lah besen kan. Susu tu tuang semua dalam besen then masukkan Milo, gaul lah sampai dia sebati. Dalam masa yang sama kau gaul tu, kau cairkan Buttercup/Planta sekali atas dapur. Tak payah guna bebanyak. Satu sudu pon cukup lah! Dah cairkan masukkan dalam gaulan susu dengan Milo kau tadi tu. Gaul gaul gaul sampai dah sebati semua baru lah masukkan Biskut Marie tu. Biskut tu haruslah pecah pecahkan dulu eh. Tapi jangan hancur sangat! Agak agak sudah ler. Gaul gaul sampai semua Biskut Marie tu dah bermandian bahan gaulan tadi, letak dalam loyang. Letak dalam fridge! SIAP!

Haha senangkan? Aku buat ni takde siapa ajar pon. Sebab aku suka ngadap Kakak aku buat kek. So aku tengok je lah dia buat. Lelama aku try jadi pon! Mak pon puji hehe. 1st try aku masa raya aidilfitri last year. And memey sedap ah gua cakap lu. Haha kalau nak menarik kan Kek Batik kau tu goreng lah Gajus ke Kacang Tanah ke Badam ke kan then kau blend hah masukkan sekali. Sedap oi, terangkat gitu! Kahkah. Tapi cara aku, aku suka letak almond yang nipis tu dekat atas Kek Batik aku. Nampak cantik je, nak makan pon bersemangat hah.

Lagi satu aku nak bagi nasihat. Kalau kau guna 2 packet Biskut Marie, aku syorkan beli Milo yang sesedang tu harga dalam RM7.00++. Kalau guna 1 packet je Biskut Marie beli Milo kecik je, and kalau 1 packet Biskut Marie tu hah taknak guna semua susu pon takpe. Yela manis kan nanti, kurangkan manis oi! Haha and and and kalau ikut 1st time aku buatkan aku guna 2 packet Biskut Marie and aku guna semua Buttercup tu hah, tapi kalau guna 1/2 sudu pon okay je! Buttercup takpe kalau guna semua, rasa dia okay lagi. Tapi kalau guna Marjerin biasa jangan letak banyak k satu sudu je lah! Nanti Kek Batik kauorang tak sedap, serious talk! Lagi satu kan, kalau masa cairkan Buttercup/Marjerin tu macam ada ketul ketul tu better tapiskan before gaul sama dengan Milo and Susu tu.

Ada lagi nasihat ni, aku tak guna steam buat Kek Batik ni, rata rata aku makan ramai steam Kek Batik ni. Tak sedap k! Lembik satu hal, lagi memang tak sedap lah. Lagi satu ramai juga suka guna Cokelat Masak berbanding Milo. Bagi aku guna Milo lagi sedap and senang heheh. And gambar takde lah, sebab tak buat hahah. So aku harap kau faham lah resepi dengan sikit tips aku bagi ni. Cehhh beria siaa haha. Kalau musykil cari lah aku dekat Twitter heh. Hikhikhik anytime boleh tolong! 

Thanks for reading. Xoxo

Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

Monday 14 January 2013

Jimba - jimba

Assalamualaikum. Ssup there! Tetiba ter-rajin pulak nak blog entry. Hehe btw cuti sem dah bermula. Ohh bosan! Padahal dua minggu je haha tapi dah rasa bosan kot. Pergi kolej juga best, jumpa Cosmorian! Umm kinda miss them. 

Harini keluar dengan super duper bff, Syafiq. Keluar berdua je! Apis takda hmm, dengan Syafiq pon okay lah haha. Syafiq bagaikan rusa masuk kampung. Dia macam terkejut gila Cs dah ada perubahan "dah macam study abroad lah pulak" ayat dia haha. Keluar macam biasa je tengok wayang blablabla melantak semua then round satu Cs. Gua dah sedia bosan dengan Cs tu, dah setiap hari kot masuk. Cehhh, menipu sangat setiap hari! I mean selalu lah haha dah takda perasaan dah masuk Cs.

Movie pilihan harini kitorang tengok Parental Guidance ! Memula macam nak tengok Minyak Dagu , tapi bila dah queue tu tengok Parental Guidance macam best je . Terus tukar plan ! Hehe nasib baik best tahu :O , best sangat ! A must-watch movie katanyahhh ! Haha , ohh btw thank you so much Syafiq belanja wayang hehe . Memula nak bayar sendiri tadi , tetiba Syafiq hulur duit terus . Uuu ai rezeki betul !

Makan McD je harini. Asek McD je mana badan tak macam... Hmm k cukup ! Haha Syafiq nak makan prosperity sangat katanya , aku ikutkan aje . Ingat nak makan dekat depan Tutti Frutti tu hah . Tak pernah try lagi . Lain kali kot ! Before balik bla bla bla jejalan lagi usha bag semua . Syafiq teringin nak makan Tutti Frutti pulak :O . Alahai tetiba dia offer nak belanja ! Baik hati betei :') . Thank you once again ! Harini macam keluar dengan parents je tak keluar duit haha eh tapi makan keluar lah alah berapa lah sangat .

Nah ! Best sangat ! Tengok weh ! :O

K tu je kot . Haha kbai :*

Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

Thursday 3 January 2013

2013

Hi hello hollo. Ahhh dah tak reti nak blogging macam dedolu woi :<. How pity me kan kan kan? Gua rasa macam lifeless gila tanpa blog. Tapi kan gua nak hupdate memang setengah tahun sekali gamaknya. Haha last entry gua 2012 bulan 6 kot :O. Dah setengah tahun wei, betapa lamanyaaa -_-. Gua rindu gila masa zaman sekolah menengah. Gigih update blog setiap hari, dah macam diary katanyahhh! Semua benda nak cerita dalam blog. Tapi sekarang? Blog ni persinggahan dikala sunyi, k over. Sekarang ni gua pon takde lah taksub sangat macam zezaman Fb dulu. Online membabi buta, sebab sekarang gua main Twitter je lebih hah. Main Twitter ni guna handset je best kot. K tapi aku bukan nak cerita pasal main Twitter pon heh.

Sekarang ni, nak taip pepanjang macam essay pon gua dah tak reti. Otak ni dah takda ayat ayat hikmah dah. Entah apa gua makan lahai. Gua jenguk blog ni pon pasal gua BW blog seseorang tadi. Dia punya bercerita macam gua suka bercerita dahulu kala. Tu yang terus jengah blog ni kan. Make-up sikit blablabla. Tetiba je rasa nak update. Gitewww! Ada ke nak baca? Hahah kisah? Sebenarnya memang kisah doh :/. Please lah baca doh, gua nak sangat macam blog dedolu. Ada je feedback pasal blog gua hikhik.

Oh btw dah 2013 kan? Haih sekejap benor masa ni berlalu. Umur pon dah meningkat... K sedih kejap macam dah tua. Dah takde belas belas dalam umur gua ni. So agak tertekan lah kan. Hahaha k menipu tak agak lah stress sebab umur dah meningkat. K k stop! Azam 2013 ni macam juga azam azam sebelum ni, nak kurus nak kurus. Tapi tak tercapai woi hasrat tu. Sedih lah, asek nak makan je kerja.. Hmm dulu Mak pernah cakap "Adik kalau dah start belajar boleh kurus badan". AHAHAHAHAHA!!! Ternyata Mak salah D:. Makin membesar badan ni ada ah. Makan memacam woi dekat bandar, cakap je nak makan apa. Semua ada, memang payah ahh nak kurus macam ni :<.

Btw hujung bulan January ni genap setahun lah aku bergelar pelajar Cosmopoint Jb *sila tepuk tangan*. Okay Cosmopoint je pon. Ha ha ha! Kejap je doh dah setahun, bukan macam tapi memang sukar nak percaya ni emmm. Hujung bulan satu ni pon aku masuk ah semester 4. That means ada lagi 4 semester. Arghhh macam kejap je dah nak habis. Haihhh.

Okay tu je kot malam ni. Haha dah tak tahu nak taip apa lagi ._.
Goodbye Mi Amigo :*



Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

segala benda dalam blog ni yang lain daripada yang lain adalah hasil titik peluh Hailmi Mernado