Saturday 30 July 2011

Aku bersalahkan ? :)

Hi hello blogger , malam malam macam ni gigih aku nak menaip blogkan ? Aku nak tidur tapi aku nak sangat menaip blog ni . Kenapa haa ? Entah lah . Orang cakap persahabatan tu indahkan ? Yea aku mmg admit lah kan benda benda macam tu sebab aku sendiri have a lots of friend and aku sayang gila gila dekat diorang tak kira lelaki ke perempuan . Aku ni memang ada sifat penyayang kot . Hahah nonsence ! Okay stop .

Dipendekkan cerita , semalam aku online Fb aku thru the phone jea pasal aku membatak Wi-Fi rumah member aku . Haha fuyoh Hp aku ada Wi-Fi . Ihh of course lah kan . But bukan tu aku nak cakap , semalam lepas aku clear semua notify aku , aku perasan dia ni onl . Niat di hati aku nak usik usik dia lah post dekat wall dia macam ni "ADA ORANG TU DAH SOMBONG , MESEJ AKU TANAK REPLY . KAY FOINEEEE' . Aku rasa something like that lah , lupa dah . So aku tunggu lah kan komen dari dia ni . Tak beberapa minit aku tengok notify dia dah komen , but aku agak terkejut pasal komen dia tu berbaur marah menyampah meluat semua ada . Dia reply macam seolah olah aku ni memang saja nak cari salah dia , padahal niat aku nak bergurau jea . Tak sangka dia boleh serius ke arah tu . Am i annoying ? Yea aku memang annoying , entah kalau dia ingat ke tak aku pernah tanya dia soalan tu . And dia cakap aku tak , sampai dia nak tembak mulut orang tu siapa yang cakap aku macam tu . Hahaha

But then petang tadi aku nampak dia online , aku nak tegur dia tapi takut . Takut kena maki ke jadi bahan makian ke kan . Hmm tapi aku tegur jugak and aku cakap macam ni "Sorry :(" , tak reply . And dekat most recent aku nampak dia baru post something , aku tambah lagi dengan "Beb ?" . Guess what apa dia reply ?


Kau tahu tak apa aku rasa bila kau reply macam ni tadi ? Aku perhatikan setiap perkataan kau tu , lama aku tenung perkataan ni . Ni cerita betul ! Aku tak tipu , sumpah lidah aku terkelu bila dia reply macam ni . Apa besar sangat ke salah aku ni sampai kau buat aku ni macam apa jea kan . Sedihnya ya Allah bila aku baca ni , aku tak sangka kau se-serius ni . Hm then aku reply lah macam ni "dengan benda macam tu pun kau nak marah aku macam ni sekali . Okay" . Aku betul betul masa tu dah down sangat , teruk sangat ke aku ni ?

Apa yang aku nak cakap ni memang ikhlas dari hati aku , aku nak mintak maaf dekat kau kalau selama kita jadi 'sahabat pena' ni aku banyak buat kau kecil hati ke aku terkasar bahasa ke kan , sumpah aku mintak maaf dari hujung kaki sampai ke hujung rambut aku . Aku tak pernah tak percaya kau , kau kawan yang 'istimewa' aku anggap . Sebab apa aku panggil kau 'sahabat pena' ? Sebab kita ni bukan satu kelas pun , and aku kenal kau pun betul betul kenal tahun lepas lah kan , aku pun lupa macam mana kita boleh rapat . Maybe sebab blogger ni , kau selalu tanya aku macam macam pasal blogger kan , and aku siap editkan blog kau even tak seberapa . Hmm indahnya kejadian Allah ditakdirkan pada kita kan , walau aku tak rapat dengan kau tak selalu dengan kau tak tu tak ni . Senang cakap bila orang tengok kita ni memang macam tak kawan sangat lah kan , hi hi bai bai jea kan ? Tapi lepas tamat SPM kita tak lost contact en ? Aku lost contact dengan classmate aku selamber jea , tapi tak lost contact dengan kau . Kenapa eah ? Maybe sebab Allah temukan kita untuk menjadi sahabat .

Sekali lagi dekat sini , aku dengan rasa rendah dirinya aku nak mintak maaf banyak banyak pada kau , aku nak mesej kau tapi aku tahu dari ayat IM kau tu kau takkan reply mesej aku kan ? So aku harap sangat sangat kau baca entry aku ni sahabat , sebab aku rasa bersalah yang teramat sangat dengan kau . Semoga hidup kau diberkati didunia dan diakhirat yea . Assalamualaikum kbai
Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

Friday 29 July 2011

Durian ?

Hi hello bloggeh , hihi tak sabar lah nak sambut puasa *ahh kau bedek . Yea memang aku bedek doh . Hah sebab apa ? Aku ni sebelum puasa semangat ah nak puasa tapi bila dah masuk bulan puasa kan aku yang macam orang nak setengah mampos *ehh lembik sial . Alah kau ni pun , bukan setiap masa aku jadi  macam tu , paling paling pun saat matahari memuncak ke kan aa tak pun masa dah lagi setengah jam berbuka . Aku macam nak stay setengah jam awal dekat meja , aha tapi aku pernah kena marah dengan ayah pasal buat ghope tu . Ayah cakap "tok sah nak beria sangat , macam dia jea puasa" . Haha ayah ni suka bikin gua malu kejap , kejap jea ah tak lama mana pun . Hikhik kepala ho kepala ho !

Duh gua rasa rumah gua ni dah ada semangat semangat nak raya sikit , pasal apa ? Pasal semalam mak tu dia dah pergi beli langsir and botol botol kuih raya . Haha thanks lah mak sebab buat rasa macam nak raya sangat . Memang tak sabar sangat ni . Okay cukup lah tu , gua nak raya ni macam raya raya yang lepas . Btw orang jauh nak balik katanya . Haha best best mesti meriah rumah kann :'3

Ada perasan something tak ? Hahaha bahalol tak bahalol dekat dua paragraph gua melalut entah apa apa , terkeluar dari tajuk sikit . Alah sikit jea lah . Sebenarnya title aku ni mcm lah kann ada apa dengan durian tu ? Kenapa ? Durian jatuh dari langit ke ? Ada durian aneh ke ? Ehh memang tak ah . Haha ingat blog aku ni cerita aneh aneh ke , sumpah semua memang aneh ! Okay lah , semalam seisi keluarga aku dengan kejamnya diorang meninggalkan aku dekat rumah dengan sebatang kera jea tanpa meninggalkan se-sen pun wang saku pada aku . Bergelimpangan lah aku macam budak jalanan kejap . Okay semua tu bedek jea ah , semalam mak bapak aku kakak kakak aku abang ipar aku semua keluar ke mana tah gara gara nak cari durian semata mata . Kakak aku cakap dia nak membatak durian sebelum puasa . Kepala ho dia mcm puasa tak boleh makan jea ! Hahah masa diorang balik tuh , bonet kereta memang dah belambak gila dengan buah buahan tempatan siaa , sumpah tak sanggup aku masuk kereta . Hahah durian tu menghantui minda betul .

Then masa dah keluarkan semua hambek semua berkumpul melantak durian , konon macam pesta kejap . Tapi aku jea tak , sibuk tengok bola . Jadah laa weh aku ni tengok bola , macam kelakar jea ? Haha memang kelakar weh . Kelakar sangat -.- . Kay jangan nak kelakar sangat . Okay dekat sini aku nak cakap , aku ni memang si pemakan durian , tapi aku tak haruk sangat ah kan . Kalau ada aku makan , kalau takda tak cari lah . Semalam diorang borong tiga bakul kata mak ! Hah amekkau ! Mak mencari alternatif lain , ada tiga bijik mangkuk dia asingkan . Mangkuk 1st buat tempoyak *yuckks gua tak boleh makan tu , 2nd nak buat serawa , haa aku suka ni makan dengan pulut . Haha yang 3rd ni buat makan lah pasal kulit semua dah terbukak kan , takut esoknya dah tak boleh makan . So tu jea kot kay bye

P/s : Gua tak tahu nak tulis apa lah . Da lah bye . Hikhik
Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

Monday 25 July 2011

Happy birthday hailmi !

Hi hello bloggeh ku yang handsome dan cantik *ayat kau kerlass gituh . Of course lah weh . Haha you know what ? Semalam 24 JULAI 2011 genap lah aku 18 tahun . Yeahh mak bapak aku tak sangka dapat menjaga aku selama 18 tahun dan hasilnya yang sangat besar gedabak ni salahkan mak dengan ayah kay ? Diorang tak pernah nak berhenti bagi aku makan kann hambek lah aku makan dengan sesuka hatinya . Okay aku nak nyanyi sikiit .



HAPPY BIRTHDAY TO ME
HAPPY BIRTHDAY TO ME
HAPPY BIRTHDAY HAPPY BIRTHDAY 
HAPPY BIRTHDAY TO ME

*yeayy yeayy sila tepuk tangan

Eeeeeeeee bestnya hari jadi titewww hik hik <--- itu masa zaman silam aku yang belum nak matured ah kan . Now okay lah semalam , aku rasa ni the worse , bad , horrible birthday that i ever had . Hmm bayangkan lah kesian gila dekat aku ni , semua orang macam endah tak endah hari jadi aku . Sedih sangat aku . But dekat sini aku nak thanks for all the wishes , yang mendoakan aku semua . Thanks guys girls ! Expecially yang dekat Fb tu . Mygodd ! Diorang punya wishes never stop sampai lah aku online pagi tadi ada lah dekat 2o wishs lagi aku dapat . Okay thanks a lot kay . Dan yang wish dekat Hp pun thanks banyak banyak , kiranya ada lagi orang ingat dekat aku . Hmm ada orang yang aku harapkan bagi the best wish dekat aku pun haram tak timbul . Aku tak kisah lah dia bukan 1st wish ke hape . At least aku mengharapkan dia tu ingat hari jadi aku . Aku beria ria masa hari jadi dia , tapi dia dekat aku macam aku ni bukan orang penting dalam hidup dia . Ahh lantak lah memang tak penting pun , dia ada kawan yang hebat hebat kann ? Aku ni ? Aku ni memang serba kekurangan lah weh kalau kauorang nak tahu . I'm not perfect !

Semalam aku bangun makan tengok tv . Mak demam so birthday boy pun macam takda semangat dengan birthday dia sendiri . Lastly masa ayah balik kerja aku masuk bilik dengar mp3 semua dah sudah suddenly aku tertidor . Kesiannya birthday kau ni kan ? Memang kesian sangat . Sampai lah ke petang dalam pukul 5 macam tu bangun bangun terus online , sampai masa mak masuk bilik cakap nak keluar . Okay time tu aku memang dah ingat dah hari jadi aku . Aku seorang diri dekat rumah , macam takda orang pedulikan langsung , sumpah aku sedih gilaa . Paling sedih aku ingat something special ke mak masak kan , bukak tudung saji theres nothing . Once again aku sedih , nak makan apa ni ? Lapar ;( . Hmm last last mak balik dari keluar semua aku terus naik atas masuk bilik .

Malam pulak tetiba akak mesej aku suruh siap siap , okay aku dah faham lah mesti dia nak ajak aku keluar . But aku tak tahu ah maybe nak pekena cool blog ke kan . Then masa dia sampai aku pun ikut lah dia mana jea lah dia nak bawak aku , sampai ke TJ mart pulak . Huihh  bosannya --' . But aku ingat dia nak masuk situ rupanya dia bawak aku pergi KFC , and masa nak masuk dalam KFC tu dia cakap "Ni diorang semua kongsi duit untuk birthday kau" aku dah nak berjurai masa tu . Mati mati aku ingat nothings special for birthday boy , dah nak memberontak ah aku . Tapi diorang semua ingat jugak . Okay diorang tu refer to parents aku , abang and akak akak aku lah . Huh barulah aku sedar kann rupanya masih ada lagi orang ingat birthday aku . Haha kelakar lah semalam . Tapi aku hampa sebab tak dapat celebrate dengan kengkawan aku macam tahun lepas . Hmm agak agak diorang ingat aku lagi tak ? Kbai

Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

Friday 22 July 2011

Entah entah -,-

Hi hello holla , hari ni aku asal tah beria ria nak post entry *kau memang selalu beria . Kay foineeee ! Hah salah ke beria ni ? Takkan ? Sebab itu kira macam pembakar semangat lah , okay apa benda aku ni da masuk pembakar semangat jadah ? Apa ni semua ? Hahah stop it ! Hanya satu ayat kau dah nak buat topik . Okay lah aku nak kasi kauorang tahu satu benda ni , rahsia tak berapa rahsia sangat lah kan . Aku kan kalau dengar lagu Judas yang dah diharamkan disegenap corong morong radio tu aku macam semangat gila siak . Hah kuang hajo ! Jangan ingat aku dah terikut hasutan kafir laknatullah GAGA ni . Aku just suka melodi dia , even aku faham lyrics dia pun aku bukan lah beria nak menghayati kan ? Kay cukup tu . Tanak cerita lagi .

Lepas tu aku ada satu tabiat yang jenis macam nak buang tebiat . Haha bukan apa , yah as a blogger kita kena selalu ada ideass kan nak tulis tu ni , and please kepada blogger semua ? Jangan guna perkataan sawit as usually yang kauorang selalu nampak dekat Fb tu kan . Haha cakap pasal sawit ada budak perempuan ni lah , but dia bawah aku umur dia tak sama dengan aku . Aku bukan tak kenal dia . Kenal sekenal kenalnya okay . Bukan WAK KERNAL ! Haha stop it . Okay aku paling tak berkenan dengan segenap status dia , nak block dia aku tak sampai hati . Sebab dia mana ada buat salah dengan aku , but then dia ni aiyo susah nak cakap wok , kesawitan dia menjangkau sial ! Haha siyes bro , aku kalau baca status dia macam nak ajar dia balik bahasa melayu . Pergh malas ah aku nak taip stail dia tu . Buat penat jea orang baca stail gituh . Sumpah ! Okay according to bahasa sawit dengan blogger , eh please tau ! Aku just bagi nasihat kepada new blogger yang nak berjaya ! Haha even aku pernah berjaya suatu ketika dahulu now aku jatuh . Okay takpe la . Nothing much pun . Then please jangan guna bahasa pelik pelik tuu , biar ejaan dia macam tu jangan tukar tukar , its weirdo okay ! Memang takda orang nak baca blog engkau lah kalau macam tu .


And then sebenarnya aku tak sambung lagi ayat aku yang buang tebiat tu . Haha kauorang nak tahu apa tak ? Aku kan biasanya aku memang tulis entry panjang lebar dulu baru aku tulis title . Haha kebangangan gua terserlah . Siyes bhaii , aku bukan apa . Kekadang bila aku ada hati nak buat entry tu kekadang aku tak tahu nak bagi title apa , and kalau entry yang berbaur serius tu jangan cakap lah , memang ada jea tajuk aku letak . Tapi kalau entry sesaja ni memang tak ah aku nak fikirkan title . Kengkadang sampai takda title >< . Haha itu bahadol namanya ! Apa kebengap noh takda title kan ? Aku memang tak reti kalau entry takda title ni , baca pun aku tak hingin .

Ohh yea , tadikan masa aku tengah onl Fb ada satu makcik ni komen dekat wall post aku pasal salah bantal tu , dia nasihatkan "pukul pukul manja tempat yang sakit tu dengan bantal yang dibaring" , okay terima kasih sangat Cik Ana . Haha dia ni mak Aqila one of my girlfriend , and please kawan perempuan jea pun . Haha terima kasih once again Cik Ana atas petua tu , masalah aku sekarang ni aku tak tahu bantal yang mana aku baring . Hahah ! Atas katil aku tu bukan sebijik dua bantal weh , belambak ! Aku memang gila kalau bab bantal ni , biar penuh takpe asalkan aku selesa tidur . Mana tempat aku pusing mesti ada something untuk aku peluk . Hihih

Ehh okay lah itu jea kot aku rasa , kbai
*tengok title bodoh tuu . Hahaha kbai
Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

Thursday 21 July 2011

Sakit tauu

Hi hello bloggeh , shit ahh shit tauuu ! Yea tahii ! Haha hari puas aku tweet pasal "salah bantal" . Si penyakit ni paling aku tak suka sekali dalam hidup aku *nobody would like ! Kannn ? Haaa sakit tau "salah bantal" ni , ghaye aku jalan kau jangan cakap ah memang dah style robocop ! Robocop pun jalan ada ghaye tersendiri , yang aku entah ah . Haihh

Anddddddd , kauorang nak tahu kenapa aku boleh salah bantal ? Haha macam ni ceritanya , malam tadi aku tak expect pun nak dengar Misteri Jam 12 tu , sebab dah beberapa malam aku bukan RIA 89.7 tu takda pulak cerita tu , aleh aleh malam tadi masa dalam kegelapan tu aku tot tet tot tet iPhone aku *azabnya baca iPhone . Hahaha okay bedek ah tuu mana ada iPhone weh . Err aku sedang sedang belek siaran radio tu ah aku terbukak radio tu then MJ12 baru nak start , aku hape lagi . Memang dah kaku ah , aku kalau dengar benda alah ni , macam mana aku baring tu macam tu lah sampai ke pagi . Haha penakut 'na'uzubillah' ! Takut pun wa berani jugak dengar dengan kepala wa mengadap ke sliding window bilik wa tu kan . Memang cara ! Langsir memang ada tapi hambekk ah langsir transparent . Haha kau tutup macam mana pun still nampak luar ah kan . Si dj tu pun malam tadi apa pasal tah baik gila , sumpah dia takda ambil sebarang callers pun ! Dia kerja baca e-mail dengan SMS , kalau kauorang pernah dengar kauorang tahu lah apa yang aku cuba sampaikan . Then at the same time kan aku ni baring entah ghaye apa pun aku tak pasti , tapi aku memang dalam keadaan tak selesa ah for sure kann , and aku rasa lepas pukul 1.00 a.m macam tu aku terus terlelap . Haaaaaaa !

Sebab tu bangun pagi aku dapat rasakan bahagian belakang badan aku ni sakit , puas aku golek kiri golek kanan . Still rasa benda tu , and aku dah mula ah malas nak bangun . Tapi makin baring makin sakit weh . Aku tak kata banyak terus bangun pindah bilik tengah , sebab matahari da mula masuk biilik aku tidur uh ! Hahahah memang kuang ajo , last last aku bangun jugak lah pasal mak suruh bangun sebab dia nak pergi supermarket beli lauk pauk . Uhh aku bangun la -.- dengan keadaan badan yang macam tu , sabar jea lah weh . Aku makan pun macam penat , sebab tak boleh tunduk bawah . Dengan kata lain aku tak boleh tengok lauk aku tuu , aku just suap suap dan suap tanpa boleh menikmati sepuasnya . Ingat aku kenyang ke ? Memang tak ah , yang penting apa aku makan tu habis ! Hargh kbai
Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

Tuesday 19 July 2011

Kakak

Hi hello bloggeh ! Aku rasa mcm nak senyum lebar jea minggu ni . Hopfully something special happen la minggu ni . Tapi happy tu happy jugak , ada lagi masalah lain nak pikul nyah . Penat tau jadi aku ni , lagi penat bila ada orang nak aturkan hidup aku . Nak aku ni nak aku tu . Oiii itu semua kehendak aku dah biar Allah jea yang tentukan . Memang lah hidup kita ni atas kehendak Allah , tapi jangan lupa ! Apa yang kita inginkan pun atas kemahuan dan ketentuan dia , kalau dia nak aku macam ni sampai aku mati aku nak buat apa ? Nak melawan takdir ke ? Ahh sudah lahhh , nobodys perfect dude ! Ingat tu , aku cukup bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan dekat aku ni . Yea mungkin aku kurang bernasib baik macam orang lain , nak apa yang diorang dapat ! Mungkin tu bukan jalan hidup aku . Tapi orang lain takda kan dengan apa yang aku ada skang ni ? See ? Setiap manusia ni ada kelebihan masing masing , cuma kena teroka jea lagi . Allah tu maha adil lah .

Aku nak cerita sikit pasal kakak aku yang tersayang nii , dia ni kekadang annoying jugak perangai dia . Tapi aku sayang dia gegila sebab apa yang aku mintak dari dia mesti dia bagi . Dia ni jenis yang tak kedekut . Tapi bukan ni yang aku nak cerita pada dia . Aku nak cerita kisah dia bercinta . Hahah ! Like seriously dia pu tak rancang benda ni berlaku . Bercinta dengan orang lain kahwin dengan orang lain ! Gila tak tu ? Macam ni la aku cerita dari awal lah kan . But not A to Z lah ! Hahah dia ni ada kenalan nama A , bukan nama sebenar ! Diorang kawan lama tau , before aku sekolah menengah sampai aku form berapa tah . Di takdirkan satu hari lepas dia dapat kerja dekat satu tempat ni recommended by atuk depan rumah aku ni . Dia pun kerja lah dekat situ . And then aku rasa dekat situlah dia terjumpa cinta sejati dia ni . Mulanya si Y ni just hantar dia balik rumah . Actually ayah yang selalu pergi hantar and amik kakak aku balik kerja , then hari tu ayah ada nampak si Y ni hantar akak aku balik . Aku ingat dia nak marah lah , tapi bapak aku pesan . Lain kali kalau ayah aku sibuk ke ada hal tolong tolong lah hantar akak aku balik . Sebab si A ni kerja tempat yang agak jauh dari tempat kerja akak aku .

Dipendekkan cerita , satu hari tu aku rasa si A ni macam dah naik cemburu sebab ada laki lain dok sibuk hantar akak aku amik akak aku . Dia bengang ah ! Yea lah pakwe mana tak cemburu kan ? Tapi masa tu akak aku pun belum ada perasaan dekat Y , dia still sayangkan A . But si A ni annoying gila , sampai mcm jadi spy pulak dia siap tunggu depan rumah nak tengok siapa Y tuu . Terjadi lah suatu hening pagi tu A datang bising bising depan rumah . Masa tu kira 7.00 a.m . Konon dia dtg nak hantar kakak aku . Tapi dengan cara dia yang memaksa tu akak aku macam tak suka ah . Then diorang bertekak lah depan rumah . Malu kot time tu ! Nasib mak ayah takda dekat rumah . Mak ayah tidur another house masa tu . Kalau tak mak da ngamok ah . Start dari hari tu aku rasa hubungan antara A dengan kakak aku makin renggang . Kalau tak every month diorang mesti dating lah kan seetiap kali gaji . Ni time gaji kakak aku duduk rumah jea . Diorang tu memang ada rancang nak kahwin . Tapi nak buat macam mana bukan jodohkan ? Then kes ni tak habis lagi , si A ni siap jumpa makbapak aku pasal dia dengan akak aku . Aku pun dapat rasa mak makin meluat dengan si A . Mak cakap kalau dah tunang takpe la kau nak beria ria pasal ni . Ni belum ada apapa , just cinta yang tak tahu pengakhiran dia dekat mana . Masa tu mak aku tanya akak sama ada akak nak ke dengan orang macam tu . Mak siap cakap 'Kau fikir bebaik , ni masa depan kau . Kahwin bukan perkara main main , kau tengok belum kahwin da mcm ni kalau dah kahwin siap siap dia belasah kau" . Itu yang mak cakap dekat kakak . Haish akak aku dah habis fikir dan dia pun memutuskan hubungan dia dengan A dan terus berkawan dengan Y . Aha sekarang ni diorang da nak masuk 3 tahun kahwin . Kalau ingat balik tragis hidup kakak aku ni . Alhamdulillah dia bahagia dengan Y , dan aku rasa dia sangat beruntung sebab dapat Y . Y ni bukan calang orang . Nampak dia simple tapi loaded orangnya , dia tak kedekut !

Pernah satu hari aku naik bas S&S nak pergi bandar , and guess what aku jumpa siapa ? Aku jumpa A ! Now dia jadi kondukter bas , aku tak tahu mcm mana hidup kakak aku kalau dengan dia . But itu tahun lepas la , tak tahu sekarang A buat apa ! Maybe dia pun dah kahwin . Sebenarnya kalau 'takda ular yang berbisik dekat telinga A , benda mcm ni takkan terjadi' . Ni semua angkara bekas jiran aku yang mulut macam longkang tu . May God bless you ! Hahah

Aku rasa sekarang ni hidup kakak aku getting more comfort even diorang takda anak , maybe belum rezeki . Sejak kahwin pun akak aku dah mula jadi penabung , sebab selama ni dia agak boros ! Haha dia dah pakai kereta , semua sebab dia kahwin dengan Y yang pandai simpan duit tuu . May Allah bless you kakak . Baii
Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

Friday 15 July 2011

Dah lama tak maki hamon

Hi hello bloggeh ku sayang ! Heheh hotak ah title aku ni , eh tapi betul weh . Sejak aku tinggalkan zaman sekolah aku da lama tak maki hamun orang . Apa kejadahkan ? Takkan aku nak maki tanpa sebab ! Dajal doh dajal tu namanya . And you know what ! Aku ada satu benda nak kasi tahu korang , aku pun lupa tah bila aku last blogging , tadi aku surf blogger.com ! Tarus masuk dashboard , okay aku terkejut tapir sekejap . Sial ah sial sial sundal ! Sial weh sumpah sial , asal tah aku tak log out . Ehh boleh jahanam ke kalau macam tu ? Rasanya ada orang nak hack tak ? Haa kepala ho aku lah ! Kepala ho tak ho sangat , haha sial budak nii . Kau punya blog nak kena hack ? Berangan hanjing kau ni weh ! Follower kau bukan 5000 orang lah lakhanat , follower kau 5 jea ! *sila sedih . Okay aku sedih sangat , nampak sangat orang tak nampak blog aku ni . Haish aku nak post dekat Fb ah macam ni . Aku kena buat macam ni serius ! Grr . Kesian doh aku , dulu masa aku tengah gila dengan blog lagi satu tu tah hengat dunia kau . Sekali blog tu buat hal , aku ingat aku da malas laa nak jadi blogger tegar ni , sekali jea aku rindu terus aku buat baru ni . Memang bahalol !

Kesiankan maki diri sendiri ? Haha ni lah orang kalau mental da tak stabil sangat , ehh sedih betul ! Pathetic tak aku ? Haha eh cukup lah sial ! Asal tah kau nii dari tadi kan , libas pakai moniter ni kang kau speechless terus . Eh okay aku diam . Errr memang mintak kaki jea dari tadi .

Ada lah sorang budak Fb gua ni tau , gua kesian dekat dia ! Entah meroyan pasal siapa hentah ah , aku pun tak tahu . Setiap hari kalau boleh dia nak post benda benda berbaur maki hamon . Kepala ho dia ah ! Orang macam tu nak kan attention jea lah weh , sumpah pathetic sangat ! Agak agak orang lain sampai dah tak terkomen . Hahaa jadah tau ! *Gua termasuk cerita orang lain ni asal ? Stop it !

Gua lapar nasi ayam penyek sial ! Hopefully malam ni si kakak aku tu bawak la aku pergi makan , like seriously aku dah lama tak makan nasi ayam penyek ! Entah ah apasal aku teringin nak makan sangat ni --' . Aneh doh aneh tau tak ? Tau tak ! Err

Mak cakap dia tak masak niari ! Habeh aku nak makan apa ni ? Mak ni suka cari alasan lauk semalam ada lagi --' . Dah la mak macam ni orang bawak diri dulu lah masak maggie ke kan . 'Petang ni mak nak pergi econsave beli lauk' , kenapa tak dari subuh jea mak pergi ? <--- cuba kalau aku cakap ghope itu dekat mak , adakah mak akan singgahkan the best slap in my face ? Rasanya lah . Dah la aku lapar ni .

P/S : Segala benda yang aku taip tu cukup menggambarkan aku ni tengah depressed kan ? Kepala ho depressed ! Hahaahaha itu namanya aku mengarut mencaci membabi buta . Hotak dia bosan tak ingat ah kan . Kbye
Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

Sunday 10 July 2011

Ngantuk dohl !

Hi hello hollo holla bloggeh , lagi dua minggu jea kan kita nak menyambut ramadhan al-mubarak . Hikhik syiok jea bunyi nyaa , serius tak sabar nak sambut puasa ! Ahh tok sah tak sabar bebenor lah kan , bedek jea tuu . Kat tv dah sibuk dah iklan hari raya , tak faham betul aku lah . Lagi lagi so courth mammoths tuu , asal nak raya jea dia lah orang yang pertama nak buat iklan . Mak aku cakap beli barang kat situu memang lahh seronok tak payah bayar selama 120 hari , haa lepas 120 hari kau terkedek kedek lah bayor ! Konon boleh save budget raya kan ? Hah macam orang takda duit jea tuu kan . Bapak aku pattern kalau beli time tu kan , dia memang bayar time tu lah . Lagi bukan nak berlagak lah , kalau dia da ada niat nak beli barang tu , cash terus lah dia beli . Sebab bapak aku jenis tak suka berhutang , tapi kalau ada benda yang kena hutang tu terpaksa ah kan .

Aku bukan nak bebel pasal hutang entry ni , tapi terkeluar pulak ! Haha mintak mahap lerr doh . Aku ni kan dah dua hari masa tidur aku tak menentu , semalam ahad kan ? Petangkan ? Orang lain semua ada aktiviti siak dekat luar . Hang out ke kan whatever else lah , aku ? Membuta dekat rumah , molek lah tu ! Masa tu aku bangun cepat jugak lah , sebab mak kejut aku dia nak keluar dengan ayah so dia kejut ah . Aku lupa pulak masa tu ahad , and aku lupa si lahabau tak kerja . Beria ria aku duduk rumah sorang . Then masa aku masuk bilik belakang nak switch on PC aku nampak si lahabau ni terbongkang ! Sumpah naluri aku bergetaran , asal lah kan dia ada dekat rumah ? Grr -.- , aku pun bukak lah pc semua sebab nak download lagu *semata mata . Lepas tu line P1 ni macam bahabi ! Kejap perlahan kejap laju . Emm memang bahabi kan ? Err

Mak pun balik ! Ishh nak masak pulak , aku naik atas masuk bilik balik then log in Fb kejap . Sempat lah aku berbual dengan sekor duekor , lepas tu aku macam malas aku blah ah turun bawah tengok tv . Blablabla aku nak naik atas check download tu , sekali si lahabau ni dah depan pc ! Fuck babi ah dia ni , aku kalau dia yang main aku memang malas nak mintak , kang tak pasal pasal dia kena maki dengan aku , aku ni malas tau nak bermaki makian . Tu yang aku tanak ! Nak hajak kakak keluar , fulus takda uolls . Takkan aku nak harapkan minah tu jea punya duit , segan jea .Hikhik .

Dah tu aku tengok lah tv then aku mandi blablabla sambung tengok tv . Ayah dah bangun dari tidur tuu thats mean aku kena lah pasr remoute tu dekat ayah . Dah laa aku naik bilik aku , aku tengok video dalam Hp then dengar mp3 , dah bosan bukak radio . Okay aku terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz ------------------------------------- zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz -.-

Sampai dah pukul 8.00 aku bangun mak kejut sebab dah malam ! Hahaha asal mak tak biarkan aku tidur sampai ke pagi hah ? Grrrrrr satu kerja ku bangun melantak semua kan . Then tengok berita . Lately ni aku rajin tengok berita sebab pasal PERHIMPUNAN BOODOH tu , aku memang suka bab nak maki hamun ni . Aku ingat nak online , tapi si lahabau tu masih lagi depan PC dia dengan tak mandi ! Ohh myy dia tu lah antara orang yang takda masa depan nanti .

Malam tu aku sangap bukan main tapi mata nak tidur konon , hah pukul 4 jugak baru aku lelap . Kejadah doh ! Aku susah gilaa nak tido skang even aku tak tidur siang , kekadang badan ni macam letih sangat . Grrr padahal tak buat apapa , haish

Okay semalam 1st time aku tengok cite stanza cinta ! Hikhik so sweet kan cite tuu . Okay mulai skang aku nak tengok jea setiap ahad , kbye
Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

Sunday 3 July 2011

8Gb besar sangat ke ?

Hiii holla hello semua blogger , aku dah nak dekat selsema dah ni sebab korek hidung dari tadi , dan aku tak suka benda ni berlaku . Mak cakap penyakit selsema ni memang takkan lari dari hidup aku . Ada orang susah sangat nak kena , ada yang senang sangat . Tapi aku ni entah eak senang ke susah aku tak pasti lah . Sebab asalnya aku ni ada asthma segala . But then aku rasa aku dah baik kot , sebab dah lama aku tak kena . Last kena masa aku kecik kecik . Tu pun masa bulan puasa , ingat lagi masa tu ayah macam biasa lah lepas balik kerja ayah pergi gerai tempat akak akak aku jual kuih muih segala . Mak pulak sibuk masak sebab masa tu ada lagi sejam lebih nak berbuka , lepas tu asthma aku datang . Haaa tercungap cungap kau ! Masa tu kitorang pergi lepas berbuka sebab aku cakap mak biar ayah berbuka dulu , aku boleh tahan lagi . Sampai klinik jea nurse tu terus suruh aku pakai gas oxigen yang entah lah aku pun dah lupa . Tapi masa tu aku sampai boleh terlelap lelap , haaa jangan pelik ah masa tu aku pakai dah macam dekat snow park dah , baju sejuk segala . Yea lah bahayakan !

Habis cite asthma aku , aku bukan nak cite tu pun . Haish terlajak pulak , okay go ! Nampak tak title tu ? Aha semua mesti tahu itu mesti refer to memory card ! Entah eak aku ni sejak pakai memory 8gb rasa macam luas pulak hidup , haha !  Bukan apa aku ni dah laa tengah gian download vids lagu lagu semua , asekk kerja download jea aku ni sampai PC aku penuh dengan vids korean lah english lah . Tapi mmc aku tak penuh penuh pun , risau aku ! Aku download vids mp4 woo ! Bukan calang calang weh Hp aku ni , kengkawan iPhone lah katakan yea . Hahahak tuihhh ! Berangan ah aku ni , memang iye pun -.-

Tapii memang ah , kalau dulu aku pakai mmc 2gb aku nak download lagu pun aku kena pilih yang KB dia kecik lah semua , skang ni aku balon semua ! Agak agak dah jumpa aku terus downl , ceh berlagak --' . Haha tak ah ! Tapi aku puas hati dengan Hp aku skang ni even speaker dia untuk golongan yang tak pekak jea kan , sebab aku ni pekak sikit . Entah mak cakap aku suka dengar lagu kuat kuat itu pasal aku pekak , tapi iya ke ? Haha entah mak tu -.-

Masa mula mula aku beli hp ni aku ada macam menyesal sebab camera hp dia ni tak berapa best ! Contrast kurang doh . Hahah nasib lah aku ni picture editor , pandai pandai ah aku olahkan gambar tu kan ! Tapi tu lah , macam biasa biasa jea lah , lagi best kamera cyber shot lama tu even 3.2 jea pun . Hihih tapi aku suka sebab msj alert dia kan boleh full song pulak , jarang SE boleh full song . Kalau hp biasa memang kejap ah tapi speaker kuat ! Kelemahan full song ni nanti batteri cepat low lah kan . Ishh tak suka ><

Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

segala benda dalam blog ni yang lain daripada yang lain adalah hasil titik peluh Hailmi Mernado