Sunday 20 January 2013

Kek Batik

Assalamualaikum. Ssup there! Haha belum apape dah gelak entah apape. Okay tengok tajuk je macam kelakar, yeke? Bagi aku lah, tak tahu lah kalau bagi Mak kau ke Bapak kau ke tak kelakar kan. Hahaha okay tajuk tu memang macam tu lah sebab dalam entry ni aku nak share resipi kek batik air tangan aku sendiri. Aku pandai buat kek batik k! Cehhh, ahaha takde lah aku bukan beria ria nak buat resipi pon. Tapi ada one bij ni suruh aku ajar, aku tak tahu macam mana nak bagi resipi pada dia kan. So dia pon suggest lah tulis dalam blog. Why not kan? So ni lah resipinya : (BACA SAMPAI HABIS)

Biskut marie (ikut suka kau lah nak berapa packet pon)
Susu pekat 1 tin
Milo (depends on berapa banyak biskut kau)
Buttercup (marjerin/planta pon boleh)

Okay cara buat dia, memula sediakan lah besen kan. Susu tu tuang semua dalam besen then masukkan Milo, gaul lah sampai dia sebati. Dalam masa yang sama kau gaul tu, kau cairkan Buttercup/Planta sekali atas dapur. Tak payah guna bebanyak. Satu sudu pon cukup lah! Dah cairkan masukkan dalam gaulan susu dengan Milo kau tadi tu. Gaul gaul gaul sampai dah sebati semua baru lah masukkan Biskut Marie tu. Biskut tu haruslah pecah pecahkan dulu eh. Tapi jangan hancur sangat! Agak agak sudah ler. Gaul gaul sampai semua Biskut Marie tu dah bermandian bahan gaulan tadi, letak dalam loyang. Letak dalam fridge! SIAP!

Haha senangkan? Aku buat ni takde siapa ajar pon. Sebab aku suka ngadap Kakak aku buat kek. So aku tengok je lah dia buat. Lelama aku try jadi pon! Mak pon puji hehe. 1st try aku masa raya aidilfitri last year. And memey sedap ah gua cakap lu. Haha kalau nak menarik kan Kek Batik kau tu goreng lah Gajus ke Kacang Tanah ke Badam ke kan then kau blend hah masukkan sekali. Sedap oi, terangkat gitu! Kahkah. Tapi cara aku, aku suka letak almond yang nipis tu dekat atas Kek Batik aku. Nampak cantik je, nak makan pon bersemangat hah.

Lagi satu aku nak bagi nasihat. Kalau kau guna 2 packet Biskut Marie, aku syorkan beli Milo yang sesedang tu harga dalam RM7.00++. Kalau guna 1 packet je Biskut Marie beli Milo kecik je, and kalau 1 packet Biskut Marie tu hah taknak guna semua susu pon takpe. Yela manis kan nanti, kurangkan manis oi! Haha and and and kalau ikut 1st time aku buatkan aku guna 2 packet Biskut Marie and aku guna semua Buttercup tu hah, tapi kalau guna 1/2 sudu pon okay je! Buttercup takpe kalau guna semua, rasa dia okay lagi. Tapi kalau guna Marjerin biasa jangan letak banyak k satu sudu je lah! Nanti Kek Batik kauorang tak sedap, serious talk! Lagi satu kan, kalau masa cairkan Buttercup/Marjerin tu macam ada ketul ketul tu better tapiskan before gaul sama dengan Milo and Susu tu.

Ada lagi nasihat ni, aku tak guna steam buat Kek Batik ni, rata rata aku makan ramai steam Kek Batik ni. Tak sedap k! Lembik satu hal, lagi memang tak sedap lah. Lagi satu ramai juga suka guna Cokelat Masak berbanding Milo. Bagi aku guna Milo lagi sedap and senang heheh. And gambar takde lah, sebab tak buat hahah. So aku harap kau faham lah resepi dengan sikit tips aku bagi ni. Cehhh beria siaa haha. Kalau musykil cari lah aku dekat Twitter heh. Hikhikhik anytime boleh tolong! 

Thanks for reading. Xoxo

Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

Monday 14 January 2013

Jimba - jimba

Assalamualaikum. Ssup there! Tetiba ter-rajin pulak nak blog entry. Hehe btw cuti sem dah bermula. Ohh bosan! Padahal dua minggu je haha tapi dah rasa bosan kot. Pergi kolej juga best, jumpa Cosmorian! Umm kinda miss them. 

Harini keluar dengan super duper bff, Syafiq. Keluar berdua je! Apis takda hmm, dengan Syafiq pon okay lah haha. Syafiq bagaikan rusa masuk kampung. Dia macam terkejut gila Cs dah ada perubahan "dah macam study abroad lah pulak" ayat dia haha. Keluar macam biasa je tengok wayang blablabla melantak semua then round satu Cs. Gua dah sedia bosan dengan Cs tu, dah setiap hari kot masuk. Cehhh, menipu sangat setiap hari! I mean selalu lah haha dah takda perasaan dah masuk Cs.

Movie pilihan harini kitorang tengok Parental Guidance ! Memula macam nak tengok Minyak Dagu , tapi bila dah queue tu tengok Parental Guidance macam best je . Terus tukar plan ! Hehe nasib baik best tahu :O , best sangat ! A must-watch movie katanyahhh ! Haha , ohh btw thank you so much Syafiq belanja wayang hehe . Memula nak bayar sendiri tadi , tetiba Syafiq hulur duit terus . Uuu ai rezeki betul !

Makan McD je harini. Asek McD je mana badan tak macam... Hmm k cukup ! Haha Syafiq nak makan prosperity sangat katanya , aku ikutkan aje . Ingat nak makan dekat depan Tutti Frutti tu hah . Tak pernah try lagi . Lain kali kot ! Before balik bla bla bla jejalan lagi usha bag semua . Syafiq teringin nak makan Tutti Frutti pulak :O . Alahai tetiba dia offer nak belanja ! Baik hati betei :') . Thank you once again ! Harini macam keluar dengan parents je tak keluar duit haha eh tapi makan keluar lah alah berapa lah sangat .

Nah ! Best sangat ! Tengok weh ! :O

K tu je kot . Haha kbai :*

Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

Thursday 3 January 2013

2013

Hi hello hollo. Ahhh dah tak reti nak blogging macam dedolu woi :<. How pity me kan kan kan? Gua rasa macam lifeless gila tanpa blog. Tapi kan gua nak hupdate memang setengah tahun sekali gamaknya. Haha last entry gua 2012 bulan 6 kot :O. Dah setengah tahun wei, betapa lamanyaaa -_-. Gua rindu gila masa zaman sekolah menengah. Gigih update blog setiap hari, dah macam diary katanyahhh! Semua benda nak cerita dalam blog. Tapi sekarang? Blog ni persinggahan dikala sunyi, k over. Sekarang ni gua pon takde lah taksub sangat macam zezaman Fb dulu. Online membabi buta, sebab sekarang gua main Twitter je lebih hah. Main Twitter ni guna handset je best kot. K tapi aku bukan nak cerita pasal main Twitter pon heh.

Sekarang ni, nak taip pepanjang macam essay pon gua dah tak reti. Otak ni dah takda ayat ayat hikmah dah. Entah apa gua makan lahai. Gua jenguk blog ni pon pasal gua BW blog seseorang tadi. Dia punya bercerita macam gua suka bercerita dahulu kala. Tu yang terus jengah blog ni kan. Make-up sikit blablabla. Tetiba je rasa nak update. Gitewww! Ada ke nak baca? Hahah kisah? Sebenarnya memang kisah doh :/. Please lah baca doh, gua nak sangat macam blog dedolu. Ada je feedback pasal blog gua hikhik.

Oh btw dah 2013 kan? Haih sekejap benor masa ni berlalu. Umur pon dah meningkat... K sedih kejap macam dah tua. Dah takde belas belas dalam umur gua ni. So agak tertekan lah kan. Hahaha k menipu tak agak lah stress sebab umur dah meningkat. K k stop! Azam 2013 ni macam juga azam azam sebelum ni, nak kurus nak kurus. Tapi tak tercapai woi hasrat tu. Sedih lah, asek nak makan je kerja.. Hmm dulu Mak pernah cakap "Adik kalau dah start belajar boleh kurus badan". AHAHAHAHAHA!!! Ternyata Mak salah D:. Makin membesar badan ni ada ah. Makan memacam woi dekat bandar, cakap je nak makan apa. Semua ada, memang payah ahh nak kurus macam ni :<.

Btw hujung bulan January ni genap setahun lah aku bergelar pelajar Cosmopoint Jb *sila tepuk tangan*. Okay Cosmopoint je pon. Ha ha ha! Kejap je doh dah setahun, bukan macam tapi memang sukar nak percaya ni emmm. Hujung bulan satu ni pon aku masuk ah semester 4. That means ada lagi 4 semester. Arghhh macam kejap je dah nak habis. Haihhh.

Okay tu je kot malam ni. Haha dah tak tahu nak taip apa lagi ._.
Goodbye Mi Amigo :*



Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

Thursday 14 June 2012

Thursday

Hi hello bloggeh, seems like cinta aku terhadap blogging semakin berputik. Ehem kepala hanggok lah nak berputik! Jangan nak putik sangat actually, okay harini nothing interesting rasanya. Benda yang sama aku buat like usually, pergi class blablabla balik class. Hmm S4D LYF3.

Harini class BI agak ketepuan ya, sebab dari jam 9AM ~ 11AM then 11AM ~ 1PM. Nampak tak ketepuan dia disitu haih. Tapi ada break jugak lah dalam setengah jam, sumpah boring gila babs! Bukan belajar sangat, banyak berbual je. Nasib lah class tu best. Air cond kuat segala. Berbual punya berbual ada lah lama jugak last last si lecturer ni bagi lah tasks, alah benda senang je pon kan. Macam stail sekolah menengah punya kerja.

But then, after class BI tu ada perjumpaan bebudak baru kolej. Madafaka lah weh sabtu ni ada orientasi segala! Bodoh pe aku dah sem 2 baru nak buat orientasi? Harhar memang harapan aku nak datang kan, sorry to say, but i can't join! Nuff said.

Eh dah ah tak tau nak cerita apa lah, membosan kan lelama penulisan aku ni. Hmm kbai
Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

Wednesday 13 June 2012

The Vacation

Hi hello bloggeh, ewah bersawang dah ni! Tak, ni bukan bersawang dah, aaa ber' apa apa je lah kan. Takkan berlengas pulak? Haha sejak bila aku jual gegula dalam blog ni kan -.- , bangang! Btw, a couple of days ago, aku dengan kengkawan aku which is bebudak taman aku sendiri pergi bercuti cuti Malaysia doh~ haha seronok okay. Lokasi dia dekat je, dekat Kota Tinggi. 3 hari 2 malam gamaknya. Kerlas tak benda yang di angan angankan menjadi kenyataan. Dah lah tu rasa macam taknak balik pulak tu! Sumpah!

Benda ni actually dah lama kot plan, lama tu tak lah lama mana haha, ada lah dalam sebulan macam tu. Disebabkan memasing semua cuti, ada yang baru nak sambung belajar kan. So memasing plan macam ni ah nak trip dengan kengkawan semua. Ei sumpah best doh! Siapa pernah dia tau ah cemana bestnya kan bercuti dengan kengkawan ni! Pergi 8 hari bulan 6 , balik sini 10 hari bulan 6. Sebenarnya nak balik 11 haribulan. Sebab Isnin tu aku pun class petang, Shapiq pon kerja petang, so ingat nak bertolak subuh aaa, bukan apa sayang sangat nak keluar dari kampung tu. Hmm

 Dekat sana specialities dia pantai ah kan, best weh! 3 pantai kami redah, ewah redah sangat. Macam lah masok belukar, actually ada macam belukar jugak haha, tempat tu tepi rumah Apis je kot. Nak turun pantai tu kena lalu semak samon, dah lah berbukit bukau, tak boleh blah pagi tu jumpa tapak kaki babi hutan. Nice one, ada yang melintas okay, nak mampos agaknya! Seram sejuk kita dibuatnya~

Pantai yg dekat dengan rumah Apis tu pantai dia banyak gila babs batu kan, sumpah kalau kaki tak luka tak sah, ada lagi satu pantai tu we call that 'Jesembe' something like that aa. Pantai tu best kot, sangat luas! Pantai semata mata, that means takda batu aa. Then Ahad tu pergi pantai Temala, dekat gila dengan rumah Apis, memula nak jalan kaki je, tapi atas nasihat pakar kami memutuskan naik kereta je harhar. Tak bahaya mana, cuma nak jalan balik nanti elak sempot je sebab penat mandi pantai :p. Hiks! Pantai tu sumpah best, batu dia sikit je, and memang best ah senang cerita. Haish

Petang Ahad tu datang lagi Jesembe, konon saja lah kan nak tengok sunset, padahal sunset tempat lain haha. Dekat je sunset dengan rumah Apis, tak lah dekat mana, tapi dalam kampung yang sama. Kena pergi jeti baru nampak sunset! Subhanallah sumpah cantik okay! Sebenarnya ahad tu tak plan pon nak balik, dorang cakap kalau rasa nak balik packing terus je ah jalan. Haha bukan jauh mana kan. At last pukul 8 tu semua packing stuff dah nak balik Senai, amboi sayunya hati nak tinggalkan kampung tu. So much sweet memories kot between us, kerjanya ketawa je kan.



Dua dekat atas ni masa 1st night sampai, dekat Jeti Sedeli Besar.



Dua dekat atas ni masa dekat pantai yang banya batu ni, seksa k jalan atas batu tajam -.-


Okay ni Jeti Sedeli Besar ~ nice view i swear 



Dua atas ni masa malam ke-2 buat babi beratur heheh, barbeque okay~



Okay dua ni, masa dekat Pantai Temala. Best!



Sunset ni dapat tengok dari Jeti~ cantik sangat!


Okay tulah sedikit sebanyak memories kami, ihiks! Sumpah the best trip ever k! Nak pergi lagi tau! Bye xoxo

Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

Monday 2 April 2012

ANHELO

Hi hello bloggeh . Memang tabiat pe sekarang post blog sebulan sekali ? Rasanya memang pon :/ . Haihhh lama dah tak menaip berjela rasa macam kekok pun ada , lain lah kan macam sebelum sebelum ni *cewahhh ayat . Yang sebenarnya aku ada benda nak share dekat semua blogger . Haha kira macam benda yang paling aku nak dalam tahun ni lah , tak kisah cepat ke lambat . I want it ! I want it ! I want it ! But i need that one thing ~ . Its money !

Ekceli aku bukan nak duit haha. Mmm ada lah kan gadget gadget yang super gila babi dumbass ni perghhh ! Aku kalau tengok orang pakai android ni pandang atas bawah je . Tak puas hati siaa . Lelagi pakai android tapi tak tahu function ! Weh bak datang ah android kau tu :O . Ni kes kakak india dalam class tu lah , dia ni dah lah pakai Samsung Galaxy S II . Tapiii. . . Tapi dia guna semata mata nak call mesej segala ! Apa yang aku nak sampaikan ni dia ni tak enjoy gila babi ah guna android tu . Bukan dia tak suka ke apa . Maybe dia tak reti sangat kot . Tapi beli buat pe :O . Hahah ! Lantak ah duit dia pe :O . Sebenarnya aku yang beria ria jeles dekat dia  pasal hp dia tu kan haihhh .


Weh kauorang semua ! Nampak tak atas ni ha ? Ni ah SG SII . Aku dah belek belek dah hp kakak india tu . Mmm boleh tahan best ah ! Paling best screen dia lah kan terbesor macam tu . Memang puas ah tarok mp4 dalam tu heuhhh . Tapi hp ni mahal sangat ah ! Kerja full time sebulan pon belom tentu dapat beli ni , masalah skang dah lah tengah study , kerja part time mampu ah . Haihhh , nak kerja jejauh susah weh takda lesen macam aku ni U,U . Tapi... tapi...


Tapiii naluri aku berkata tak dapat SG SII pon takpa ah kan , dapat SG ACE pon jadi lah . Awesome jugak dia ni . Tapi camera 5.0 mp je , tak boleh lawan Vivaz aku hahah . Eh 5.0 mp pon lawa sial gambar dia ! Sebab dah ramai ada member pakai ni thats why aku tau ceciri dia -_____________- . Aku ni kan kalau ada duit ni memang sekarang aku pergi beli android ! Grrrr tak tahan betol :O . Aku ada meluahkan hasrat dekat mak nak beli hp baru , mak sound cantik gila "hp kau dah rosak sangat ke?" . Isk isk rosak tu tak mak cuma nak sangat tukar baru :( . Huaaa ! :'O . Padahal aku tak suruh dia tambah duit pon har har har ! Vivaz yang tak seberapa ni lah RM680 ni aku beli tak mintak duit sesapa pon :O . Kalau cuti sem lama boleh kerja siaa . Ni cuti dua minggu , apa lah yang aku boleh buat -_- . Agak agak dalam dua minggu dapat ke meraih RM1000 ? Kalau boleh kan best . Weh tapikan ni ada lagi satu ...


Hahah can you see this ? Hei hei i want it too :O . Gila tak kau lepas satu satu ? Hah ekceli benda ni macam sandaran je lah *sandaran defuq ! Hahah sandaran lah sangat ! Ni aku lagi nak :O . Even aku ni bukan peminat jam yang tegar , aku nak sangat beli ni ! Ni aku malas nak cite ceciri dia . Cari sendiri haha ! Mmm nak kerja part time cashier ah , maybe sebulan je kot dah boleh dapat bendalah ni . Huh ! Ni nama dia iPod Nano tak pon iWatch senang ! Eh betol ke ? Ahh entah hahah . Mmm tapi bendalah dueko ni memang aku nak sangat ah kan . Kena kerja weh macam ni ! Hmm kerja kerja ! Usaha tangga kejayaan !

KBAI <3

Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

Sunday 26 February 2012

The BINATANG

Hi uolsss semua . Amboiii dah berlapok kay blog ni . Mahap lah ! Memang takda masa siot lately ni . Nak menaip pon alahai macam nak tanak je . Nak tu nak , tapi nak nafsu kata taknak , haa acano tu ? Yelah macam selalu aku kata ah . Aku sekarang dengan blog mana ngam sangat . Sebab tu nan hadooo je blog ni kan . Gitewww katanya ! Lepas tu apahal memalam buta ni gigih sangat menaip ??? Haa ada cerita ni uols .

Mmm rumah aku ni ada kucing bunting , nama dia BECAK . Not LECAK kay !  Kay dia ni bunting anak sulung , k jap . . . Bhahahah !  Bangang bebual macam manusia je BECAK tu . And petang tadi tu kan masa mak duduk tengok tv si BECAK ni dah start melalak lalak dah . Ngau sana ngau sini , aku yang dengar ni rasa macam nak ikut ngauuu sekali pon ada kan . Mampos acamni ! Lepas tu mak pon dah tau ah sah sah betina tu nak beranak . Mak pon sediakan ah segala pekakas nak beranak . . . HAHAH !

Ada dalam sejam giteww dia baru beranak lah . Tu pon amik feel dulu . Okay anak dua hekor kay ! Bulu sepesen macam dia coklat bebelang . Then dah lah kitorang pon buat buat lah menjengok kan pendatang baru dalam rumah .

TIBA TIBA KAN . . .

Tak sure pukul berapa , yang penting masa tu aku tengah tengok Money Drop . Haa tiba tiba si BULAT ni kucing lagi satu ni masuk dari belakang and jenjet baby cat dekat mulut dia . Mak pon haa huru hara suruh aku kejar bulat , paling tak boleh blah aku boleh cakap "bulat tu bukan anak kau lah, bulu lain pe" . Si bulat ni pon satu jugakkan . Aku macam nak wrestling je dia , pakkan lah kucing . Dia stubborn nak mampos , aku belasah badan dia baru dia lepaskan . 

RUPA RUPANYAAA . . .

Bila aku nak masukkan baby cat yang bulat cuba bawak lari tu kat dalam bakul serius aku terkejut ! Mana tak nya anak si BECAK tu elok je dueko tengah menyusu . Lagi sekor ni siapa punya ??? Dah lah masa aku cuba selamatkan tu dia macam bebelit belit dengan tali tangsi . Then aku terkejut ah dengan masih basah macam baru lepas lahir kan . Aku syak ah si BECAK ni dia terberanak dekat luar kot . BULAT pon jumpa lalu nak membela . Tapi apa bulat dapat ? Kena belasah dengan aku ! Siyesss aku rasa bersalah gila dekat bulat . . . HAHAHAH!!! Rasa kelakar ada terharu pon ada jugak .

Aku nak sangat orang orang yang pernah buang anak tu baca entry aku ni . Kau nampak tak ? Binatang lagi mulia dari kau yang buang buang anak ni . BULAT ni dah macam manusia aku tengok , mesti dia kesiankan tengok baby cat tu baru lahir , lemah lagi . Tapi bergelimpangan macam tu . Haihhh what a wonderful pet i have . Mmmmmm sorry bulat kalau tadi aku pulas telinga kau pukul kau sebab nak suruh kau lepaskan baby cat tu . Serious sorry tau bulat . Hahaha k gambor takda ah . Lagi malas ni :P

Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

segala benda dalam blog ni yang lain daripada yang lain adalah hasil titik peluh Hailmi Mernado