Sunday 26 February 2012

The BINATANG

Hi uolsss semua . Amboiii dah berlapok kay blog ni . Mahap lah ! Memang takda masa siot lately ni . Nak menaip pon alahai macam nak tanak je . Nak tu nak , tapi nak nafsu kata taknak , haa acano tu ? Yelah macam selalu aku kata ah . Aku sekarang dengan blog mana ngam sangat . Sebab tu nan hadooo je blog ni kan . Gitewww katanya ! Lepas tu apahal memalam buta ni gigih sangat menaip ??? Haa ada cerita ni uols .

Mmm rumah aku ni ada kucing bunting , nama dia BECAK . Not LECAK kay !  Kay dia ni bunting anak sulung , k jap . . . Bhahahah !  Bangang bebual macam manusia je BECAK tu . And petang tadi tu kan masa mak duduk tengok tv si BECAK ni dah start melalak lalak dah . Ngau sana ngau sini , aku yang dengar ni rasa macam nak ikut ngauuu sekali pon ada kan . Mampos acamni ! Lepas tu mak pon dah tau ah sah sah betina tu nak beranak . Mak pon sediakan ah segala pekakas nak beranak . . . HAHAH !

Ada dalam sejam giteww dia baru beranak lah . Tu pon amik feel dulu . Okay anak dua hekor kay ! Bulu sepesen macam dia coklat bebelang . Then dah lah kitorang pon buat buat lah menjengok kan pendatang baru dalam rumah .

TIBA TIBA KAN . . .

Tak sure pukul berapa , yang penting masa tu aku tengah tengok Money Drop . Haa tiba tiba si BULAT ni kucing lagi satu ni masuk dari belakang and jenjet baby cat dekat mulut dia . Mak pon haa huru hara suruh aku kejar bulat , paling tak boleh blah aku boleh cakap "bulat tu bukan anak kau lah, bulu lain pe" . Si bulat ni pon satu jugakkan . Aku macam nak wrestling je dia , pakkan lah kucing . Dia stubborn nak mampos , aku belasah badan dia baru dia lepaskan . 

RUPA RUPANYAAA . . .

Bila aku nak masukkan baby cat yang bulat cuba bawak lari tu kat dalam bakul serius aku terkejut ! Mana tak nya anak si BECAK tu elok je dueko tengah menyusu . Lagi sekor ni siapa punya ??? Dah lah masa aku cuba selamatkan tu dia macam bebelit belit dengan tali tangsi . Then aku terkejut ah dengan masih basah macam baru lepas lahir kan . Aku syak ah si BECAK ni dia terberanak dekat luar kot . BULAT pon jumpa lalu nak membela . Tapi apa bulat dapat ? Kena belasah dengan aku ! Siyesss aku rasa bersalah gila dekat bulat . . . HAHAHAH!!! Rasa kelakar ada terharu pon ada jugak .

Aku nak sangat orang orang yang pernah buang anak tu baca entry aku ni . Kau nampak tak ? Binatang lagi mulia dari kau yang buang buang anak ni . BULAT ni dah macam manusia aku tengok , mesti dia kesiankan tengok baby cat tu baru lahir , lemah lagi . Tapi bergelimpangan macam tu . Haihhh what a wonderful pet i have . Mmmmmm sorry bulat kalau tadi aku pulas telinga kau pukul kau sebab nak suruh kau lepaskan baby cat tu . Serious sorry tau bulat . Hahaha k gambor takda ah . Lagi malas ni :P

Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

segala benda dalam blog ni yang lain daripada yang lain adalah hasil titik peluh Hailmi Mernado