Monday 1 August 2011

Hollo hollo bloggeh . Penat tak penat tak puasa ? Haa seronok tu ada , penat tu takda lah sangatkan . Haha apa kejadah ni ayat aku ni dah serupa skrip rancangan telebesen pulak . Okay stop lah ! Hari ni syiok gila okay pasal semua berbuka dekat rumah , ha amek lah penuh rumah uolls ! Hahaha tapi along je takda , alahai orang jauh apa khabar lah kan dia laki bini dan anak anak , rindu ni dekat anak sedara , entah bila lah diorang balik kan . Huh

Sebenaunya aku dah tak tahu nak merepek apa dekat blog ni , sebab aku memang tak plan nak buat entry pun . Hikhik tapi kenapa tah sejak blog lama tu jahanam aku macam dah malas nak layan blog , aha dia ni sekali lagi bukak cerita ! Okay cukup lah tu dengan cerita blog lama okay , basi lah dah basi

Masa ni berjalan terlalu laju kan ? Sekejap jea kita dah masuk bulan puasa . Hmm tapi aku rasa kosong , please kosong tahu tak ! Macam theres nothing around me , macam sampah jea aku ni ! Hahah okay tu lebih lah kan . Yang si abang aku ni aku pelik dengan dia ni , dia kalau bertopi mesti lah nak k
eluar punya , tadi aku da nampak dia pakai topi tapi tapi tapi asal dia masuk dalam bilik aku uhh , mesti dia nak buat bilik aku tu macam bilik dia kan . Kuang hajo kuang hajo ! Ini tak boleh jadi . Hahahah tak kira pulak eah aku ni dok online membabi yang sedang membuta dalam bilik yang dia buat tidur ni . Sebab abang aku tu dia takda bilik . Kahkah ! Kesian tak ? Gini lah nasib kalau keluarga besau tapi capasity rumah tidak mengikut kuantiti . Okay cukup lah tu .

Tadi kami sekeluarga berbuka nasi baryani home made , haha haruslah home made kan ! Pasal ayah aku buat dong . Hikhik , ni semua pasal kakak aku yang mengidam sakan tu , aha mak sanggup buat jea apa yang orang mengidam ni nak makan . Mak memang memahami kan . Sobss sobss ;'( , syahdu pulak ni . Stop lah mii kau ni drama tak habis . Foine foinee !

Boring boring , aku boring duduk rumah jea . Hahha entah bila aku nak kerja eah ! Hari demi hari kata nak kerja tapi tak gerak jugak , memang lah kann nak kena siku ! Hahah rileks lahh weh
Tadi sumpah tak boleh blah masa dekat surau , lepas solat isyak tu take 5 kejap ah kan . Haha aku amik site angle paleng dekat dengan tiang nak cover pasal aku nak mesej , eh yea ah kan takut ada pakcik pakcik sound aku pergi surau pun nak bawak Hp apa kejadah dia ni . Haruslahh pakcik , ai orang penting tau ! Hahah bukan apa , aku ni asal Hp 24 jam depan mata mesti busy Hp ni , tapi bila dibiarkan bergelimpangan memang ah kan berebut rebut mesej masuk , miss called jangan cakap lah ! Hahah so aku amik keputusan mana aku pergi Hp mesti selalu kena ada dengan aku ah . Cukup membebel aku nak cite pasal ada dua orang brader ni , masing masing umur mmg atas aku lah kan sebab tu aku panggil brader , tengah syiok syiok aku godeh mesej ni aku dengar suara "Ehh umur kau berapa ha ?" , aku toleh lah siapa tanya tu . Dengan dahi aku yang berkerut aku jawab lah "18 lah kan . Hahah" dalam hati *apa ke sengal dia ni tanya umur aku , dah sah sah aku sama umur dengan adik dia . Rupanya dia ada agenda lainkan tanya umur aku , dia cakap "tapi badan kau besar eak , mengalahkan aku" . Aku dengan tak  berapa selamber jawab "biasalah tu terlebih kalsium" . Nyohohoo kuang hajo eah brader ni , dia ni nak puji aku ke nak menjatuhkan aku ! Hahah lantak ah , aku lagi sikit nak jawab umur aku #doplohlime , kang kang ada orang cakap aku awet muda tak pepasal . Haha

Lepas tuhh mula lah tarawikh , asal lah aku pilih port yang takda kipas kan , dah mendidih seluruh badan . Memang siaww ! Dah lah kiri kana depan bangla , nasib belakang aku brader brader tadi tu . Hahha kalau tak mati sesak nafas . Bila benda paling aku tak boleh nak handle ada sekumpulan bangla ni , okay baju diorang memang lah semua sama , haha nak cakap baju kilang macam tak pulak , paling cannot go bila si Pantayot berbunyi "Mi mi baju kelas mi *sambil tunjuk ke arah bangla bangla yang pakai baju sama tu . Ehhhh memang bangang betol si pantayot ni ! Hahha ada jea dia nak berbunyik , sekali kena santet kang ! Aku dah tak boleh nak tahan gelak jea . Tambahan pula aku mmg tak khusyuk ah tarawikh bila kanak kanak yang agak liar datang surau dalam kelompok kira kira lebih sepoloh orang lah ahli ahlinya . Hahah sial punya budak , orang sembahyang kau main mercun . Cuba lah zaman kanak kanak kau tu jadi macam kami sikit , buat aktiviti berpaedah lah kan , lepas sembahyang baru lah kau main mercun ke bakor meriam ke kan . Baru syiok . Aku tengok zaman kanak kanak they all ni sumpah jauh bebenor beza dengan zaman kekanak aku . Hahah baik baik jea semua , pergi surau dengan ayah , balik surau dengan ayah . Hihih

P/s ; pokok kepangkalannya memang untitle lah entry kali ni . Hahaha gua melalut berlebihan ? Ehhh biar ah . Kbai
Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

segala benda dalam blog ni yang lain daripada yang lain adalah hasil titik peluh Hailmi Mernado