Sunday 20 January 2013

Kek Batik

Assalamualaikum. Ssup there! Haha belum apape dah gelak entah apape. Okay tengok tajuk je macam kelakar, yeke? Bagi aku lah, tak tahu lah kalau bagi Mak kau ke Bapak kau ke tak kelakar kan. Hahaha okay tajuk tu memang macam tu lah sebab dalam entry ni aku nak share resipi kek batik air tangan aku sendiri. Aku pandai buat kek batik k! Cehhh, ahaha takde lah aku bukan beria ria nak buat resipi pon. Tapi ada one bij ni suruh aku ajar, aku tak tahu macam mana nak bagi resipi pada dia kan. So dia pon suggest lah tulis dalam blog. Why not kan? So ni lah resipinya : (BACA SAMPAI HABIS)

Biskut marie (ikut suka kau lah nak berapa packet pon)
Susu pekat 1 tin
Milo (depends on berapa banyak biskut kau)
Buttercup (marjerin/planta pon boleh)

Okay cara buat dia, memula sediakan lah besen kan. Susu tu tuang semua dalam besen then masukkan Milo, gaul lah sampai dia sebati. Dalam masa yang sama kau gaul tu, kau cairkan Buttercup/Planta sekali atas dapur. Tak payah guna bebanyak. Satu sudu pon cukup lah! Dah cairkan masukkan dalam gaulan susu dengan Milo kau tadi tu. Gaul gaul gaul sampai dah sebati semua baru lah masukkan Biskut Marie tu. Biskut tu haruslah pecah pecahkan dulu eh. Tapi jangan hancur sangat! Agak agak sudah ler. Gaul gaul sampai semua Biskut Marie tu dah bermandian bahan gaulan tadi, letak dalam loyang. Letak dalam fridge! SIAP!

Haha senangkan? Aku buat ni takde siapa ajar pon. Sebab aku suka ngadap Kakak aku buat kek. So aku tengok je lah dia buat. Lelama aku try jadi pon! Mak pon puji hehe. 1st try aku masa raya aidilfitri last year. And memey sedap ah gua cakap lu. Haha kalau nak menarik kan Kek Batik kau tu goreng lah Gajus ke Kacang Tanah ke Badam ke kan then kau blend hah masukkan sekali. Sedap oi, terangkat gitu! Kahkah. Tapi cara aku, aku suka letak almond yang nipis tu dekat atas Kek Batik aku. Nampak cantik je, nak makan pon bersemangat hah.

Lagi satu aku nak bagi nasihat. Kalau kau guna 2 packet Biskut Marie, aku syorkan beli Milo yang sesedang tu harga dalam RM7.00++. Kalau guna 1 packet je Biskut Marie beli Milo kecik je, and kalau 1 packet Biskut Marie tu hah taknak guna semua susu pon takpe. Yela manis kan nanti, kurangkan manis oi! Haha and and and kalau ikut 1st time aku buatkan aku guna 2 packet Biskut Marie and aku guna semua Buttercup tu hah, tapi kalau guna 1/2 sudu pon okay je! Buttercup takpe kalau guna semua, rasa dia okay lagi. Tapi kalau guna Marjerin biasa jangan letak banyak k satu sudu je lah! Nanti Kek Batik kauorang tak sedap, serious talk! Lagi satu kan, kalau masa cairkan Buttercup/Marjerin tu macam ada ketul ketul tu better tapiskan before gaul sama dengan Milo and Susu tu.

Ada lagi nasihat ni, aku tak guna steam buat Kek Batik ni, rata rata aku makan ramai steam Kek Batik ni. Tak sedap k! Lembik satu hal, lagi memang tak sedap lah. Lagi satu ramai juga suka guna Cokelat Masak berbanding Milo. Bagi aku guna Milo lagi sedap and senang heheh. And gambar takde lah, sebab tak buat hahah. So aku harap kau faham lah resepi dengan sikit tips aku bagi ni. Cehhh beria siaa haha. Kalau musykil cari lah aku dekat Twitter heh. Hikhikhik anytime boleh tolong! 

Thanks for reading. Xoxo

Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

No comments:

Post a Comment

segala benda dalam blog ni yang lain daripada yang lain adalah hasil titik peluh Hailmi Mernado