Sunday 3 July 2011

8Gb besar sangat ke ?

Hiii holla hello semua blogger , aku dah nak dekat selsema dah ni sebab korek hidung dari tadi , dan aku tak suka benda ni berlaku . Mak cakap penyakit selsema ni memang takkan lari dari hidup aku . Ada orang susah sangat nak kena , ada yang senang sangat . Tapi aku ni entah eak senang ke susah aku tak pasti lah . Sebab asalnya aku ni ada asthma segala . But then aku rasa aku dah baik kot , sebab dah lama aku tak kena . Last kena masa aku kecik kecik . Tu pun masa bulan puasa , ingat lagi masa tu ayah macam biasa lah lepas balik kerja ayah pergi gerai tempat akak akak aku jual kuih muih segala . Mak pulak sibuk masak sebab masa tu ada lagi sejam lebih nak berbuka , lepas tu asthma aku datang . Haaa tercungap cungap kau ! Masa tu kitorang pergi lepas berbuka sebab aku cakap mak biar ayah berbuka dulu , aku boleh tahan lagi . Sampai klinik jea nurse tu terus suruh aku pakai gas oxigen yang entah lah aku pun dah lupa . Tapi masa tu aku sampai boleh terlelap lelap , haaa jangan pelik ah masa tu aku pakai dah macam dekat snow park dah , baju sejuk segala . Yea lah bahayakan !

Habis cite asthma aku , aku bukan nak cite tu pun . Haish terlajak pulak , okay go ! Nampak tak title tu ? Aha semua mesti tahu itu mesti refer to memory card ! Entah eak aku ni sejak pakai memory 8gb rasa macam luas pulak hidup , haha !  Bukan apa aku ni dah laa tengah gian download vids lagu lagu semua , asekk kerja download jea aku ni sampai PC aku penuh dengan vids korean lah english lah . Tapi mmc aku tak penuh penuh pun , risau aku ! Aku download vids mp4 woo ! Bukan calang calang weh Hp aku ni , kengkawan iPhone lah katakan yea . Hahahak tuihhh ! Berangan ah aku ni , memang iye pun -.-

Tapii memang ah , kalau dulu aku pakai mmc 2gb aku nak download lagu pun aku kena pilih yang KB dia kecik lah semua , skang ni aku balon semua ! Agak agak dah jumpa aku terus downl , ceh berlagak --' . Haha tak ah ! Tapi aku puas hati dengan Hp aku skang ni even speaker dia untuk golongan yang tak pekak jea kan , sebab aku ni pekak sikit . Entah mak cakap aku suka dengar lagu kuat kuat itu pasal aku pekak , tapi iya ke ? Haha entah mak tu -.-

Masa mula mula aku beli hp ni aku ada macam menyesal sebab camera hp dia ni tak berapa best ! Contrast kurang doh . Hahah nasib lah aku ni picture editor , pandai pandai ah aku olahkan gambar tu kan ! Tapi tu lah , macam biasa biasa jea lah , lagi best kamera cyber shot lama tu even 3.2 jea pun . Hihih tapi aku suka sebab msj alert dia kan boleh full song pulak , jarang SE boleh full song . Kalau hp biasa memang kejap ah tapi speaker kuat ! Kelemahan full song ni nanti batteri cepat low lah kan . Ishh tak suka ><

Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

No comments:

Post a Comment

segala benda dalam blog ni yang lain daripada yang lain adalah hasil titik peluh Hailmi Mernado