Saturday 30 July 2011

Aku bersalahkan ? :)

Hi hello blogger , malam malam macam ni gigih aku nak menaip blogkan ? Aku nak tidur tapi aku nak sangat menaip blog ni . Kenapa haa ? Entah lah . Orang cakap persahabatan tu indahkan ? Yea aku mmg admit lah kan benda benda macam tu sebab aku sendiri have a lots of friend and aku sayang gila gila dekat diorang tak kira lelaki ke perempuan . Aku ni memang ada sifat penyayang kot . Hahah nonsence ! Okay stop .

Dipendekkan cerita , semalam aku online Fb aku thru the phone jea pasal aku membatak Wi-Fi rumah member aku . Haha fuyoh Hp aku ada Wi-Fi . Ihh of course lah kan . But bukan tu aku nak cakap , semalam lepas aku clear semua notify aku , aku perasan dia ni onl . Niat di hati aku nak usik usik dia lah post dekat wall dia macam ni "ADA ORANG TU DAH SOMBONG , MESEJ AKU TANAK REPLY . KAY FOINEEEE' . Aku rasa something like that lah , lupa dah . So aku tunggu lah kan komen dari dia ni . Tak beberapa minit aku tengok notify dia dah komen , but aku agak terkejut pasal komen dia tu berbaur marah menyampah meluat semua ada . Dia reply macam seolah olah aku ni memang saja nak cari salah dia , padahal niat aku nak bergurau jea . Tak sangka dia boleh serius ke arah tu . Am i annoying ? Yea aku memang annoying , entah kalau dia ingat ke tak aku pernah tanya dia soalan tu . And dia cakap aku tak , sampai dia nak tembak mulut orang tu siapa yang cakap aku macam tu . Hahaha

But then petang tadi aku nampak dia online , aku nak tegur dia tapi takut . Takut kena maki ke jadi bahan makian ke kan . Hmm tapi aku tegur jugak and aku cakap macam ni "Sorry :(" , tak reply . And dekat most recent aku nampak dia baru post something , aku tambah lagi dengan "Beb ?" . Guess what apa dia reply ?


Kau tahu tak apa aku rasa bila kau reply macam ni tadi ? Aku perhatikan setiap perkataan kau tu , lama aku tenung perkataan ni . Ni cerita betul ! Aku tak tipu , sumpah lidah aku terkelu bila dia reply macam ni . Apa besar sangat ke salah aku ni sampai kau buat aku ni macam apa jea kan . Sedihnya ya Allah bila aku baca ni , aku tak sangka kau se-serius ni . Hm then aku reply lah macam ni "dengan benda macam tu pun kau nak marah aku macam ni sekali . Okay" . Aku betul betul masa tu dah down sangat , teruk sangat ke aku ni ?

Apa yang aku nak cakap ni memang ikhlas dari hati aku , aku nak mintak maaf dekat kau kalau selama kita jadi 'sahabat pena' ni aku banyak buat kau kecil hati ke aku terkasar bahasa ke kan , sumpah aku mintak maaf dari hujung kaki sampai ke hujung rambut aku . Aku tak pernah tak percaya kau , kau kawan yang 'istimewa' aku anggap . Sebab apa aku panggil kau 'sahabat pena' ? Sebab kita ni bukan satu kelas pun , and aku kenal kau pun betul betul kenal tahun lepas lah kan , aku pun lupa macam mana kita boleh rapat . Maybe sebab blogger ni , kau selalu tanya aku macam macam pasal blogger kan , and aku siap editkan blog kau even tak seberapa . Hmm indahnya kejadian Allah ditakdirkan pada kita kan , walau aku tak rapat dengan kau tak selalu dengan kau tak tu tak ni . Senang cakap bila orang tengok kita ni memang macam tak kawan sangat lah kan , hi hi bai bai jea kan ? Tapi lepas tamat SPM kita tak lost contact en ? Aku lost contact dengan classmate aku selamber jea , tapi tak lost contact dengan kau . Kenapa eah ? Maybe sebab Allah temukan kita untuk menjadi sahabat .

Sekali lagi dekat sini , aku dengan rasa rendah dirinya aku nak mintak maaf banyak banyak pada kau , aku nak mesej kau tapi aku tahu dari ayat IM kau tu kau takkan reply mesej aku kan ? So aku harap sangat sangat kau baca entry aku ni sahabat , sebab aku rasa bersalah yang teramat sangat dengan kau . Semoga hidup kau diberkati didunia dan diakhirat yea . Assalamualaikum kbai
Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

No comments:

Post a Comment

segala benda dalam blog ni yang lain daripada yang lain adalah hasil titik peluh Hailmi Mernado