Friday 29 July 2011

Durian ?

Hi hello bloggeh , hihi tak sabar lah nak sambut puasa *ahh kau bedek . Yea memang aku bedek doh . Hah sebab apa ? Aku ni sebelum puasa semangat ah nak puasa tapi bila dah masuk bulan puasa kan aku yang macam orang nak setengah mampos *ehh lembik sial . Alah kau ni pun , bukan setiap masa aku jadi  macam tu , paling paling pun saat matahari memuncak ke kan aa tak pun masa dah lagi setengah jam berbuka . Aku macam nak stay setengah jam awal dekat meja , aha tapi aku pernah kena marah dengan ayah pasal buat ghope tu . Ayah cakap "tok sah nak beria sangat , macam dia jea puasa" . Haha ayah ni suka bikin gua malu kejap , kejap jea ah tak lama mana pun . Hikhik kepala ho kepala ho !

Duh gua rasa rumah gua ni dah ada semangat semangat nak raya sikit , pasal apa ? Pasal semalam mak tu dia dah pergi beli langsir and botol botol kuih raya . Haha thanks lah mak sebab buat rasa macam nak raya sangat . Memang tak sabar sangat ni . Okay cukup lah tu , gua nak raya ni macam raya raya yang lepas . Btw orang jauh nak balik katanya . Haha best best mesti meriah rumah kann :'3

Ada perasan something tak ? Hahaha bahalol tak bahalol dekat dua paragraph gua melalut entah apa apa , terkeluar dari tajuk sikit . Alah sikit jea lah . Sebenarnya title aku ni mcm lah kann ada apa dengan durian tu ? Kenapa ? Durian jatuh dari langit ke ? Ada durian aneh ke ? Ehh memang tak ah . Haha ingat blog aku ni cerita aneh aneh ke , sumpah semua memang aneh ! Okay lah , semalam seisi keluarga aku dengan kejamnya diorang meninggalkan aku dekat rumah dengan sebatang kera jea tanpa meninggalkan se-sen pun wang saku pada aku . Bergelimpangan lah aku macam budak jalanan kejap . Okay semua tu bedek jea ah , semalam mak bapak aku kakak kakak aku abang ipar aku semua keluar ke mana tah gara gara nak cari durian semata mata . Kakak aku cakap dia nak membatak durian sebelum puasa . Kepala ho dia mcm puasa tak boleh makan jea ! Hahah masa diorang balik tuh , bonet kereta memang dah belambak gila dengan buah buahan tempatan siaa , sumpah tak sanggup aku masuk kereta . Hahah durian tu menghantui minda betul .

Then masa dah keluarkan semua hambek semua berkumpul melantak durian , konon macam pesta kejap . Tapi aku jea tak , sibuk tengok bola . Jadah laa weh aku ni tengok bola , macam kelakar jea ? Haha memang kelakar weh . Kelakar sangat -.- . Kay jangan nak kelakar sangat . Okay dekat sini aku nak cakap , aku ni memang si pemakan durian , tapi aku tak haruk sangat ah kan . Kalau ada aku makan , kalau takda tak cari lah . Semalam diorang borong tiga bakul kata mak ! Hah amekkau ! Mak mencari alternatif lain , ada tiga bijik mangkuk dia asingkan . Mangkuk 1st buat tempoyak *yuckks gua tak boleh makan tu , 2nd nak buat serawa , haa aku suka ni makan dengan pulut . Haha yang 3rd ni buat makan lah pasal kulit semua dah terbukak kan , takut esoknya dah tak boleh makan . So tu jea kot kay bye

P/s : Gua tak tahu nak tulis apa lah . Da lah bye . Hikhik
Terima Kasih Kerana Sudi , Senang senang Jengah Lagi

No comments:

Post a Comment

segala benda dalam blog ni yang lain daripada yang lain adalah hasil titik peluh Hailmi Mernado